GARIS PANDUAN KOMUNITI YOUTUBER (PART 3)

      No Comments on GARIS PANDUAN KOMUNITI YOUTUBER (PART 3)

Hi semua, so harini saya nak share berkenaan garis panduan komuniti di Youtube untuk mereka yang nak jadi youtuber.

Ini adalah educational content yang bertujuan untuk memberi info kepada semua tentang apa yang tidak boleh dipost di Youtube
untuk membolehkan kita monetize video video di Youtube.

Okay, untuk jadi seorang youtuber berbayar, ada 4 syarat yang korang kena ikut dan salah satu syaratnya adalah untuk ikut Garis Panduan yang telah ditetapkan oleh Youtube. Garis panduan ni disebut sebagai Youtube Community Guidelines.

Kalau langgar guidelines ni, korang akan dikenakan strike, menyebabkan korang tak dapat jadi seorang youtuber yang dibayar gaji oleh Youtube.

Youtube tetapkan garis panduan ni sebab nak pastikan platform Youtube ni platform yang seronok dan selamat untuk ditengok. Dia nak make sure tiada negativity dalam Youtube ni.

Okay, jom kita tengok satu persatu apa garis panduan yang dah ditetapkan Youtube ni..

1. Tidak boleh post konten yang mengadungi kandungan sensitif termasuk p****grafi dewasa atau kanak-kanak dan kandungan yang mengandungi bahasa kesat.

2. Tidak boleh post konten yang berbahaya termasuk prank dan challenge yang berbahaya, dan tunjuk cara untuk bunuh diri atau membunuh seseorang.

3. Tidak boleh post konten yang mengadungi aksi ganas atau grafik berat contohnya tunjuk grafik yang jelas tentang pergaduhan yang teruk atau menyeksa binatang.

4. Tidak boleh post konten yang mengundang kebencian terhadap seseorang individu atau sesuatu kumpulan.

5. Tak boleh ganggu atau buli seseorang contoh menghina penampilan fizikal seseorang.

6. Tak boleh sebar maklumat privasi orang lain sesuka hati.

7. Tak boleh spam, contoh post banyak komen dekat video konten sendiri atau post video sama berulang kali.

8. Tak boleh letak link yang bawa orang ke laman web yang tak dibenarkan oleh Youtube. Contoh laman web p****grafi, senjata api, dadah, etc.

9. Tak boleh buat konten atau share info tentang perkara yang salah di sisi undang undang. Contohnya konten tentang penjualan dadah, arak, senjata api, pemerdagangan orang, etc.

10. Tak boleh share maklumat palsu. Contohnya, upload konten tentang vaksin beri kanser tapi tak ada bukti atau tak ada ujikaji lansung tentang tu. Contoh lain, berkongsi klip video gempa bumi yang dah lama, tapi bagitahu orang fenomena itu baru je berlaku.

11. Tak boleh menyamar sebagai orang lain. Jadilah diri sendiri dan sentiasalah berlaku benar di Youtube.

Jadi, itu je Garis Panduan Komuniti Youtube yang perlu dipatuhi. Kesimpulannya, dekat Youtube ni kita hanya boleh berkongsi maklumat yang betul dan yang baik baik je.

No negativity ok.

Nota: Peraturan ini digunakan di semua bahagian Youtube termasuk di content, description box, playlist, comment box dan thumbnail. Jadi, sentiasalah berhati-hati.

Untuk tutorial yang lebih terperinci tentang garis panduan komuniti youtube, boleh klik video di bawah 🔽
PERATURAN PERATURAN DI YOUTUBE

Saya ada share jugak dalam post saya sebelum ni cara jadi seorang youtuber berbayar. Sesiapa yang tengah nak buat duit online, boleh tengok.

Sesiapa yang tengah cari youtube kit untuk brandingkan youtube korang, boleh tengok kat sini. Ada banyak design youtube kit saya dah buat 🔽
https://www.husnaamira.com/shop/

Lain lain info tentang youtube, boleh klik Info Youtube

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *