3 CHROME EXTENSION POWER UNTUK ETSY (PART 8)

      No Comments on 3 CHROME EXTENSION POWER UNTUK ETSY (PART 8)

Hai semua! So harini, saya nak share 3 chrome extension yang sangat berguna untuk bantu korang berniaga di Etsy!

CHROME EXTENSION TU APA?

Yang tak tahu chrome extension tu apa, basically ia adalah program ataupun software yang kita boleh tambah dalam google chrome website kita,

so that functionality google chrome browser kita makin bertambah mengikut apa program yang kita tambah tu.. ha faham tak..?

Nak tambah chrome extension ni mudah je, korang pergi je ke
Chrome Web Store, lepastu cari je extension apa korang nak, pastu klik je ” add to chrome”. Pastu settle.

Jadi, memandangkan harini saya nak cite pasal Etsy, so saya nak share lah
chrome extension apa yang korang patut ada untuk bantu korang menjual dekat Etsy.

Chrome extension yang ketiga tu yang paling power sebab boleh bantu korang untuk dapatkan customer di Etsy sebab extension tu berkait dengan SEO di Etsy.
Okay jom mula!

1. GRAMMARLY

Yang Pertama, Grammarly. Grammarly ni kene ada sebab dia bantu kita betulkan mistake grammar. Sebab Etsy ni kan platform omputih, international platform. Jadi medium bahasa yang kita guna Bahasa Inggeris.

So bila ada extension grammarly ni, dia bolehlah tolong checkkan kita punya grammar kalau ada tersilap eja ke, tersilap proposition ke.

Basically, grammarly ni, dia akan detect kita punya mistake dan dia akan bagi suggestion untuk betulkan.

So kita just klik je suggestion yang dia bagi tu ha. Nampakla kita ni pandai omputih, nampak propfessional gitu ha..

Yang kedua, eye dropper. Eye dropper ni boleh bantu kita save code warna. Macam mana tu? Okay, let say, korang ternampak gambar cantik kat Google.

Korang suka gambar tu, and nak ambil warna warna dalam gambar tu sebagai sumber inspirasi korang design dalam Canva.
So, bolehlah guna eye dropper ni.

2. EYE DROPPER

Just klik je eye dropper, lepastu klik “pick color from webpage”, lepastu klik dekat bahagian warna dalam gambar inspirasi, nanti dia akan detect code warna tu.
So korang copy jelah code warna tu,

Lepastu pergi dekat design korang dalam Canva, then klik elemen yang korang nak ubah warna, lepastu paste dekat bahagian “add a new color”.

Mudah je okay. Kalau tak paham, tengok video kat youtube saya ya, saya ada tunjuk detail.
3 Chrome Extension Yang Berguna Untuk Etsy

3. SALE SAMURAI

Okay the last one, extension yang paling power, iaitu extension Sale Samurai. Okay, extension sale samurai ni, dia tolong bagi statistik keyword apa yang orang cari dekat Etsy.
Contoh kalau korang nak jual finance planner, so bila kita type finance planner dekat Etsy search bar tu, nanti dia akan keluar suggestion-suggestion keyword apa yang orang cari dan berapa bilangan orang cari guna keyword tu.
Contoh, saya ada tunjuk ya dalam video saya 3 Chrome Extension Yang Berguna Untuk Etsy. Boleh tengok.

So, bila guna extension sale samurai, korang boleh decide nak letak keyword apa dalam korang punya produk title, produk tag. Dia siap bagi berapa bilangan orang cari keyword tu dan berapa banyak competition yang ada.

So kalau boleh, pilihlah keyword yang orang ramai cari dan competition dia rendah. Barulah listing produk kita rank tinggi dalam Etsy.

Orang cari cari, terus jumpa kan sebab kita punya title keyword tu match dengan apa yang orang type. That’s why saya cakap, sale samurai extension ni is the best extension untuk kita grow kedai Etsy kita.

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK DAPATKAN APPS SALE SAMURAI

Untuk sale samurai ni, ada subscription bulanan. Kalau korang berminat, boleh guna link sale samurai dekat bawah ni ⏬⏬⏬ dan masukkan kod diskaun ▶ husna20 untuk dapatkan diskaun sebanyak 20%.
https://salesamurai.io/334.html

Saya ada share jugak detail tentang Sale Samurai, boleh tengok di post ini
Sale Samurai Etsy Tool Terbaik

Lain lain artikel tentang Etsy, boleh klik INFO ETSY

Selamat berniaga di Etsy! Semoga semua terus berjaya. Wishing the best and only the best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *