CARA NAK ZIP FILE DAN SHARE

      No Comments on CARA NAK ZIP FILE DAN SHARE

Hai semua, harini saya nak tunjuk cara nak zip file dan seterusnya share ke destinasi yang korang nak.

Kenapa kita nak kena zip fail?

Sebab nya zip file ni bantu untuk kecilkan fail yang bersaiz besar dan mudahkan proses untuk transfer fail tu ke mana mana.

Kadang kadang bila kita nak upload sesuatu fail ke platform tertentu, ada saiz kuota yang ditetapkan.

Jadi bila fail kita ni melebihi saiz yang ditetapkan, kita perlu zip file tersebut terlebih dahulu, barulah boleh upload.

Ataupun bila banyak sangat fail yang nak di share, jadi berserabut bila nak share satu persatu fail tu. Bab kata omputih, it’s a mess. So time ni la kita nak zip file.

Let say korang ada nak hantar 8 pdf file.
So korang boleh zip kan dulu fail fail ni semua sebelum hantar.

Macam mana cara nak zip fail? Mudah je.
Follow step kat bawah👇

1. Highlight semua file yang nak korang nak zip

2. Right-click file yang dah di highlight, dan pilih “send to”

3. Pilih “compress zip folder”

4. Korang akan nampak keluar icon buku. icon buku nilah zip file, yang mana
semua files korang tadi dah dicompress ke dalam buku ni.

Boleh namakan zip file ni mengikut kesesuaian.

5. Share zip file ke destinasi yang korang nak, contohnya email.

Nanti orang yang terima file korang tu, bila diorang nak guna, diorang kena
exract dulu file tu ke destinasi yang diorang nak.

Senang je nak extract file. Klik zip file tu, dan klik “extract to”
pilih nak letak mana file tu semua, pastu klik okay. Siap!

Boleh lah guna file korang macam biasa

Untuk tutorial step by step cara nak zip file dan share, boleh klik video di bawah 🔽
CARA ZIP FILE DAN EXTRACT

Untuk lebih banyak info digital yang bermanfaat, boleh klik Info Digital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *