CARA NAK SIGN DOKUMEN PDF SECARA ONLINE

      No Comments on CARA NAK SIGN DOKUMEN PDF SECARA ONLINE

Hai semua, harini saya nak share cara nak sign dokumen pdf secara online
dengan mudah dan cantik seperti sign asal.

Tak perlu download apa apa apps pun..
Okay, so kat bawah ni saya share step by step macam mana nak sign pdf.

1. Pergi ke google dan type “i love pdf” dan klik website ilovepdf

2. Klik “sign pdf” dan seterusnya klik “select pdf file”

3. Pilih pdf file yang kita nak sign. Seterusnya klik “only me”

4. Korang akan nampak 3 simbol, simbol text, draw, dan upload

5. Pilih simbol “draw” . Kat sini korang akan nampak 2 pilihan. Belah kiri,
dia tulis “draw your signature here” dan belah kanan dia tulis “draw from your mobile device”

Saya tak prefer pilih belah kiri sebab kena sign guna mouse, bila sign guna
mouse nampak tak smooth, huduh.

So boleh pilih belah kanan, draw from your mobile device. Klik “draw from your mobile device” dan dia akan bagi qr code.

Korang scan je QR code dia bagi tu. Boleh guna mana mana QR code scanner apps. Kalau tkde takpe, jangan risau.

Sebab actually dekat facebook kite ada QR code scanner.
Tak perlu download apa apa apps dah. Tapi kalau dalam fon korang tak ada facebook, tak leh buat apa lah.

Cari lah mana mana qr code scanner dekat playstore tu

Okay okay, continue step seterusnya

6. Ambil fon korang, pergi ke facebook dan klik icon search, di sebelah atas bahagian kanan.

7. Dekat kotak search tu, korang akan nampak icon QR code belah kanan. Klik simbol “QR code” dan scan QR code yang dipaparkan oleh website ilovepdf tadi.

8. Nanti dekat fon korang akan keluar ruang untuk korang sign. Boleh sign guna tangan. Memang smooth ye, macam sign guna pen.

9. Dah sign tu, klik apply. Dia akan keluar notis “signature sent. you can close this tab.” ha tekan je “ok”.

10. Lepastu bila korang tengok balik laptop korang, sign tu automatik masuk ke dalam site ilovepdf. Klik je “apply.

11. Drag sign tersebut ke tempat yang korang nak letak. Seterusnya, klik “sign”

12. Klik ” Download signed copy”

13. Korang akan dapat pdf yang dah mempunyai sign

Untuk tutorial yang lebih terperinci tentang cara nak sign dokumen pdf secara online, boleh klik video di bawah 🔽
CARA SIGN PDF ONLINE DENGAN MUDAH

Untuk lebih banyak info digital yang bermanfaat, boleh klik Info Digital

Boleh tinggalkan komen di bawah jika ada sebarang soalan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *