CARA SHARE FAIL BERSAIZ BESAR DI ETSY (PART 10)

Hai semua, harini saya nak ajar cara nak share fail bersaiz besar di Etsy.

Untuk pengetahuan korang, bila nak upload file digital di Etsy, ada kuota yang ditetapkan.

Kuota yang dibenarkan hanyalah 20 mb ke bawah.

Jadi kalau korang nak upload file yang bersaiz besar, melebihi 20 mb, korang kena guna Google Drive atau Dropbox.

Saya biasa guna Google Drive, jadi saya akan share cara nak upload file besar guna Google Drive.

Cara nak upload file bersaiz besar di Etsy;

1. Upload file bersaiz besar ke Google Drive
2. Klik file tersebut, klik 3 titik, klik “share”
3. Di bahagian general access, tukar option daripada “resricted” kepada “anyone with the link”
4. Klik “copy link”

Link ini yang akan diupload ke Etsy. Cara nak letak link di Etsy adalah seperti berikut;

1. Buka Canva, Klik “Create a design” dan klik “A4 Document”.
2. Tulis perkataan “Download” di kertas A4 tersebut. Boleh je nak hias sikit sikit A4 tu.
3. Right-click pada perkataan “Download” tersebut dan klik “link”
4. Ada ruang untuk masukkan link. Boleh masukkan link yang telah dicopy tadi ke dalam ruangan.
5. Klik “share” dan klik “download”
6. Di bahagian filetype, pilih “PDF Print”
7. Klik “Download”

Boleh upload file pdf yang mengandungi link ini ke Etsy seperti berikut.
Buka Etsy shop korang – klik “listing” – “klik add a listing” – isi detail
tentang produk – di bahagian type, pilih “digital” – klik “upload file”
– pilih pdf yang dah diletakkan link tadi – klik “open” – klik “Publish”

Bila customer beli produk digital korang ni, dia akan terima pdf tu, dia
akan klik download dan customer akan dibawa kepada google drive dimana produk digital terletak

Siapp! Selamat mencuba!!

Untuk video tutorial cara share fail bersaiz besar di Etsy, boleh tengok video yang saya dah publish di youtube channel saya ni 🔽🔽🔽.

Cara Upload File Besar Di Etsy

Saya ada share juga sebuah website yang sangat berguna untuk tarik lebih ramai customer ke kedai Etsy kita, website Sale Samurai. Boleh baca berkenaan Sale Samurai di post ini 🔽🔽🔽

Sale Samurai, Etsy Research Tool Yang Terbaik

Lain lain artikel tentang Etsy, boleh klik INFO ETSY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *