CARA SHARE CANVA TEMPLATES DI ETSY (UPDATED) | PART 12

Harini saya nak tunjuk cara kita nak share canva templates kita di Etsy.

Sebelum ni saya dah ada post tentang cara nak jual digital produk di Etsy.
Dalam post tu saya dah explain apa itu etsy, apa kelebihan jual kat Etsy dan cara nak share digital template Canva di Etsy.

Ini merupakan update terbaru cara nak share canva template di etsy sebab Canva dah update sikit interface dia.

Berikut adalah cara terbaru untuk share canva templates link di Etsy;

1. Pergi ke Canva account korang
2. Klik design yang nak dijual dan klik “share”
3. Klik “template link”
4. Klik “copy”

Link yang telah dicopy ni akan di share di Etsy. Ini cara yang saya selalu buat
untuk share link ni

5. Klik “home”
6. Klik “create a design”
7. Pilih “A4 document” dan hias sikit A4 dokumen tu
8. Tambah text “download”
9. Right-click pada perkataan download dan pilih “link”
10. Letakkan link yang telah dicopy tadi pada ruangan yang disediakan

Korang akan lihat perkataan “download” dah bergaris means link telah berjaya
dimasukkan.

Boleh tambah apa apa yang lain yang perlu mengikut kreativiti, contoh teks
“Thank you for the purchase. Click the download link below to get access
to your product”. Boleh juga tambah logo kedai.

11. Klik “share” dan klik “download”
12. Di bahagian filetype, pilih “pdf print”
13. Klik “download”

Note: Boleh ubah title dokumen A4 ni kepada title produk korang atau lain lain

14. Pergi ke kedai Etsy korang, klik “listing”, dan klik “add a listing” di
bahagian belah atas kanan
15. Lengkapkan info produk, di bahagian type section, pilih digital
16. Klik “upload file” dan pilih PDf file yang dah didownload tadi
17. Klik “open”
18. Klik “publish”

Produk yang mengandungi Canva template telah berjaya di upload di Etsy!

Dalam video ni saya ada kongsi secara detail tentang cara share canva template di Etsy. Boleh tengok ya⏬⏬⏬

Update Terbaru Kongsi Canva Template Di Etsy

Untuk sesiapa yang nak tarik lebih ramai customer ke kedai Etsy, boleh guna website Sale Samurai. Sale Samurai adalah website yang bantu drive traffic ke kedai Etsy dengan cara analisis keyword yang digunakan oleh para pembeli di Etsy. Boleh baca berkenaan Sale Samurai dengan lebih detail di post ini 🔽🔽🔽

Sale Samurai, Etsy Research Tool Yang Terbaik

Lain lain artikel tentang Etsy, boleh klik INFO ETSY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *