CARA NAK VERIFY MENGGUNAKAN APPS GOOGLE AUTHENTICATOR (PART 3)

Hai semua, harini saya nak share cara untuk aktifkan two step verification menggunakan apps aunthenticator di Etsy dimana apps authenticator yang kita akan guna adalah Google authenticator.

Saya share tutorial cara untuk guna google authenticator ini khusus untuk sesiapa yang mempunyai masalah tak boleh nak aktifkan two step verification menggunakan phone number, biasanya sebab takde code nombor Malaysia +60 ataupun bila kita masukkan nombor kita, dia cakap phone number invalid.

Jadi alternatif lain yang kita boleh guna untuk aktifkan two step verification adalah dengan menggunakan google authenticator.

Tutorial ini terpakai bukan sahaja untuk kedai Etsy, tetapi untuk semua media platform yang menyediakan apps authenticator sebagai alternatif untuk secure social media platform. Ini termasuk Facebook, Instagram dan lain – lain.

Berikut adalah cara-cara untuk menggunakan Google Authenticator di Etsy;

apps authenticator - google authenticator

1. Download google authenticator apps di Android atau Iphone.
2. Tekan simbol “+” di sebelah kanan bahagian bawah.
3. Tekan “scan QR Code”
4. Pergi ke Etsy shop, pilih bahagian “security”, dan aktifkan pilihan “apps authenticator”
5. Click “next”. Dia akan tunjukkan QR code.
6. Scan QR code yang diberi menggunakan apps google authenticator tadi.
7. 6 digit nombor akan keluar. Masukkan nombor yang diberi ke dalam ruangan Etsy yang disediakan.

Two step verification code menggunakan google authenticator sudah aktif.

Setiap kali kita nak sign in ke dalam Etsy shop kita, kita hanya perlu masukkan nombor yang diberi di dalam Google Auntheticator untuk verify yang kita owner sebenar kepada shop kita.

Langkah secure shop ini perlu untuk memastikan hanya kita pengguna sebenar yang sign in ke dalam shop kita, bukan orang lain, bukan scammer.

Kena hati-hati. Scammer di mana mana. Tutorial yang lebih lengkap ada dikongsi di Youtube channel saya, cara nak verify guna google authenticator.

Saya juga ada share cara untuk jual digital produk di Etsy untuk sesiapa yang berminat nak buat passive income.

Untuk sesiapa yang masih belum buka kedai di Etsy, anda boleh buka kedai di etsy menggunakan link yang saya share ini untuk dapatkan 40 free listing percuma ⏬⏬⏬

BUKA KEDAI ETSY ANDA SEKARANG UNTUK DAPATKAN 40 FREE LISTING !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *