CARA JUAL PRINTABLES DI ETSY (PART 9)

      1 Comment on CARA JUAL PRINTABLES DI ETSY (PART 9)

Hai semua, harini saya nak share cara untuk jual printables product di Etsy.

Sebelum ni, saya dah share cara untuk jual template digital di Etsy. Boleh tengok dalam post niπŸ”½πŸ”½πŸ”½

Cara Untuk Jual Digital Template Produk Di Etsy

APAKAH PERBEZAAN ANTARA TEMPLATE DAN PRINTABLES YANG NAK DIJUAL DI ETSY?

Jadi, beza antara template dengan printable ni,

Kalau jual template, customer boleh edit sebelum guna. Kalau jual printable pulak, customer

tak boleh edit, diorang perlu terus print untuk guna. Ada banyak printable yang korang boleh buat, contoh planner, wall art, etc.

APAKAH SIZE PRINTABLES YANG SESUAI DIGUNAKAN DI ETSY?

Untuk printables, ada 3 size yang biasa diletakkan di platform Etsy oleh penjual penjual di Etsy.

Size A4, A5, dan US Letter size. Ini adalah size size standard yang digunakan di seluruh negara.

Ada sesetengah negara menggunakan size A4 dan ada sesetengah negara menggunakan size US.

Size A5 pula separuh dari saiz A4, iaitu size yang digunakan biasanya untuk nota nota.

Jadi kalau boleh, sediakan 3 size ni bila upload produk di Etsy.

Contoh, kalau korang jual weekly planner, boleh upload 3 size weekly planner.

Weekly planner US letter size, weekly planner A4 size dan weekly planner A5 size.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK UNTUK MENUKAR SIZE (RESIZE) DESIGN YANG TELAH SIAP?

Caranya mudah je. Pergi ke Canva website. Klik “create a design”, pilih A4 document, dan mula design.

Setelah siap klik “resize” dan ubah size kepada 8.5 x 11 in untuk US Letter size, dan 148 x 210mm untuk

A5 size. Korang boleh guna feature resize ni kalau korang subscribe Canva pro.

Jika berminat untuk subscribe Canva Pro, boleh klik disini πŸ”½πŸ”½πŸ”½

https://partner.canva.com/c/3604184/647168/10068

Kalau tak nak subscribe Canva Pro, boleh guna cara manual, iaitu;

1. Klik “create a design”, pilih A4 document, design mengikut kreativiti, highlight design,
right click mouse, click “copy”

2. Klik button “home” di sebelah atas kiri, klik “create a design”, pilih US letter document,
right click mouse, dan klik “paste”. Adjust design mengikut kesesuaian pada US Letter size.

3. Untuk A5 size, sama sahaja stepnya, klik button “home”, klik “create a design”, pilih A5 document,
right click mouse, dan klik “paste”. Adjust design mengikut kesesuaian pada A5 document.

Jangan lupa untuk letak size semasa nak rename design, supaya tidak tertukar-tukar.

Klik pada ruangan nama design di bahagian atas dan namakan design, contohnya,
” Weekly planner US letter”, “weekly planner A4” dan “weekly planner A5”.

Seterusnya untuk download setiap planner tersebut, klik “share”, klik “download”, klik pada bahagian “filetype”,

pilih “PDF print”, klik “download. Design akan disimpan di bahagian download di dalam
komputer kita.

Kita kena pilih “PDF print” sebab yang tu paling tinggi kualiti. Hasil print tak pecah bila customer print produk kita nanti.

Seterusnya, cara nak upload produk di Etsy. Pergi ke kedai Etsy, klik “listing”, klik “add a listing”,

masukkan detail berkenaan produk, di section type, pilih “digital”, klik “upload file”,

pilih produk yang nak dijual, klik “open”. Setelah isi semua detail, boleh klik “publish”. Siap!

Untuk video tutorial cara nak jual printables di Etsy, boleh tengok video yang saya dah publish di youtube channel saya ni πŸ”½πŸ”½πŸ”½.

Video Cara Jual Printables Di Etsy

Saya ada share juga sebuah website yang sangat berguna untuk tarik lebih ramai customer ke kedai Etsy kita, website Sale Samurai. Boleh baca berkenaan Sale Samurai di post ini πŸ”½πŸ”½πŸ”½

Sale Samurai, Etsy Research Tool Yang Terbaik

Lain lain artikel tentang Etsy, boleh klikΒ INFO ETSY

1 thought on “CARA JUAL PRINTABLES DI ETSY (PART 9)

  1. Pingback: BOLEH KE GUNA CANVA PRO DI ETSY (PART 11) | INFO DIGITAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *