CARA UNTUK EDIT PDF

      No Comments on CARA UNTUK EDIT PDF

Hi semua, harini saya nak share cara untuk edit PDF.

Biasanya kita nak edit PDF ni untuk bagi tulisan nampak kemas.
Contoh, bila nak isi borang ke ape kan, kita taknak tulis tangan sebab tulisan tak berapa nak kemas.

Jadi kita bolehlah edit borang PDF secara bertaip menggunakan website ilovepdf.

Berikut, adalah cara cara untuk edit PDF

1. Pergi ke https://www.ilovepdf.com/, pilih “edit pdf”

2. Klik “select PDF file”

3. Pilih borang yang nak edit dan klik “open”

4. Borang korang akan muncul di laman ilovepdf.

Untuk letak gambar, klik ikon gambar, pilih gambar mana nak letak dan
klik “open”. Seterusnya, drag gambar ke ruangan gambar yang disediakan.

5. Untuk tambah teks, klik ikon add text,
drag kotak teks ke ruangan yang korang nak letak, dan tulis maklumat maklumat yang berkaitan.

6. Untuk tambah nombor dalam setiap kotak, klik ikon add teks dan tulis nombor. Untuk lebih cepat,

boleh copy paste kotak nombor yang sama dan drag kotak nombor seterusnya ke ruangan ruangan lain .

Edit kepada nombor telefon korang yang sepatutnya.

7. Untuk sign borang, boleh guna “Sign PDF”.
Tapi, korang kena save pdf korang yang dah berisi maklumat tu dahulu sebelum sign.

Untuk simpan semua maklumat yang dah isi, klik “edit PDF”, kemudian, klik “download PDF”

8. Untuk sign pdf, klik “ALL PDF TOOLS”, kemudian klik “sign PDF”, klik “select PDF file”,

pilih PDF yang dah diedit tadi, klik “open”, dan klik “only me”

9. Masukkan nama korang, dan pilih cara untuk sign.
Untuk tandatangan yang paling smooth, boleh pilih “draw from your mobile device”.

Kod QR akan muncul, scan kod QR ni guna QR code scanner. Kalau tkde QR code scanner, boleh download dari playstore

atau boleh jugak guna QR code scanner dari Facebook (boleh rujuk video kat bawah untuk detail).

10. Selepas scan QR code, akan keluar ruang untuk korang sign di handphone korang.

Sign je kat situ guna jari korang, memang sangat smooth macam sign asal.

11. Klik “apply”, akan keluar pop box bertulis “signature sent. you can close this tab”. Klik “okay”.

12. Tengok balik dekat laptop korang, sign korang dah masuk ke laman ilovepdf . Klik “apply”

13. Drag sign ke tempat yang sepatutnya, pastu, klik “sign”

14. Klik “download signed copy”

Dah siap dah PDF korang yang dah diedit. Jadi, itu sahaja perkongsian saya untuk hari ini.

Untuk tutorial yang lebih terperinci tentang cara untuk edit PDF, boleh klik video di bawah 🔽
CARA NAK EDIT PDF

Untuk lebih banyak info digital yang bermanfaat, boleh klik INFO DIGITAL

Kalau ada soalan, boleh tinggalkan soalan dalam comment box di bawah
Saya akan berkongsi lebih banyak lagi video tentang info digital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *