BOLEH KE GUNA CANVA PRO DI ETSY (PART 11)

      No Comments on BOLEH KE GUNA CANVA PRO DI ETSY (PART 11)

Boleh ke guna canva pro di Etsy adalah satu soalan yang biasa ditanya pada saya berkenaan Etsy.

Jawapan dia, tak perlu guna elemen Canva Pro kalau nak
jual digital template dalam Etsy.

Sebab tak semua customer kita subscribe Canva Pro. Takut nanti
bila dia beli template Canva kita yang ada elemen Canva Pro,

diorang kena bayar pulak sekali lagi untuk dapatkan elemen
Canva Pro bila nak dowload produk tu dari Canva.

Selagi tak subscribe Canva Pro, produk diorang tu akan ada watermark.
Kita taknak lah mcam tu.

Kalau boleh lepas diorang beli produk dari kita, diorang boleh terus guna, tak yah nak kena bayar bayar pulak sekali lagi.

Tapi kalau korang nak jual printables dekat Etsy, tak ada masalah untuk guna elemen Canva Pro sebab korang dari awal lagi dah

simpan printables tu samada dalam bentuk PDF atau PNG (etc) untuk jual kat customer korang.

Nota tambahan:

Digital Template : Produk yang customer boleh edit di Canva dan perlu download dari Canva sebelum digunakan
Printables: Produk yang customer boleh terus guna tanpa perlu download dari Canva terlebih dahulu

Harap penjelasan ini dapat menjawab persoalan boleh ke guna Canva Pro di Etsy anda.

Dalam video ni saya ada share detail tentang penggunaan Canva Pro
ketika menjual digital produk di Etsy. Boleh tengok ya ⏬⏬⏬

CANVA PRO IN ETSY YES OR NO?

Saya ada share juga post berkenaan cara nak jual digital template di Etsy dan cara nak jual printables di Etsy. Sape sape yang masih tak faham perbezaan antara template dan printables boleh la tengok video tersebut.

Untuk sesiapa yang nak tarik lebih ramai customer ke kedai Etsy, boleh guna website Sale Samurai. Sale Samurai adalah website yang bantu drive traffic ke kedai Etsy dengan cara analisis keyword yang digunakan oleh para pembeli di Etsy. Boleh baca berkenaan Sale Samurai dengan lebih detail di post ini 🔽🔽🔽

Sale Samurai, Etsy Research Tool Yang Terbaik

Lain lain artikel tentang Etsy, boleh klik INFO ETSY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *